ARTIKEL TERKINI

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
IF YOU LIKE THIS BLOG...
PLEASE BE
THE FOLLOWER!
SWEETALIA's FOLLOWER
CLICK THE STAR IMAGE
Kepada pengunjung yang inginkan blog mereka di LINK kan ke blog ini sila isi butiran di bawah.
LINK ME UP FORM

Your Name
Blog Name
Blog URL
Your Email
Banner Code(leave this empty if no banner)

Setelah itu anda boleh lah memasang BANNER atau LINK blog ini di blog anda.
Terima Kasih!

19 KEISTIMEWAAN WANITA
 

Sunday, July 12, 2009


19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Sesungguhnya beruntunglah kamu di lahirkan sebagai seorang wanita...walau pun ada yg menyatakan menjadi seorang wanita kamu amat mudah untuk membuat dosa...tapi ketahuilah bawaha Allah itu maha adil..kerna menjadi wanita juga banyak keistimewaan telah dilempahkan kepadamu...

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


BLOG REVIEW(Mp3nVideo4u)
 

Wednesday, June 17, 2009

AiOxen



Kepada anda penggemar penggemar mp3 dan video....ha... di sini lah tempatnya anda perlu serbu untuk mendapatkan pelbagai lagu lagu dan video dari yang lama sehinggalah yang terbaru...pendek kata anda sebut saja apa album yang terlintas di fikiran insyaallah anda boleh temuinya di sini...

Yang lebih menarik kalau album yang anda cari tu tak ada anda boleh request dgn blog ownernya lagu lagu yang anda inginkan dan insyaalah dgn cepat dia akan berusaha untuk adakannya untuk anda...Sedikit perkara yang agak menggeletek hati saya..sehinggakan album Pelawak Lagenda Indonesia Benjamin S(yang rata rata tak dikenali oleh anak anak muda masa kini) pun boleh anda dapati di sini...Wahahaha!Salute to Mr.Mosac the blog owner!Apa yang penting??KERJASAMA...opss...salah itu tagline WONDERPETS...tapi tagline penggemar MP3 apa yang penting...semuanya FREEEEEEEEEEEEEEEE....
So apa tunggu lagu jom kita serbu blog ni kasi donload sampai roboh.....wakakakak!Selamat mendonload sehingga subuh ya!Untuk ke blog tersebut sila klik pada banner di atas!

Dah abis donload Dr.Alban sampai bengkok,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


BLOG REVIEW(AiOxen)
 

Sunday, June 14, 2009

Photobucket


Baru baru ni saya terjumpa dengan satu blog semasa mencari lagu lagu lama untuk di download.Apa yang menariknya blog ini ialah ia memang menepati citarasa mereka yang ingin mendownload lagu lagu(lagu lagu lama terutamanya)secara the whole CD.

Sebagai seorang dj yang menginginkan lagu lagu dari pelbagai genre dan era saya rasa blog ini memang menepati...Apa yang memeranjatkan saya 1 lagu yang memang sudah terlalu lama saya mencari iaitu lagu PENYANYI nyanyian Alleycats iaitu keluaran album tahun 1979(masa saya berusia 1 tahun)pun anda boleh dapatkan di sini. Wow...memamng memeranjatkan dan mengkagumkan.Salute to the blog owner!Dan saya rasa anda semua mungkin tak penah tau(lebih lebih lagi generasi muda)yang Alleycats penah merakan kan lagu lagu seperti "Bersembunyi Dari Cinta" dan "Kasihmu" yang di adaptasi dari lagu lagu disco hits Inggeris yang sangat popular pada era itu.So,kalau anda nak dgr semua semua lagu ni yg masih sedap di dgr sebenarnya...haaa...di blog ni lah tempat semuanya ada...

Seperkara lagi mungkin anda tak tahu yang saya adalah "Die Hard Fans" kepada kumpulan KRU...jadi dari blog ni saya dapat balik koleksi lampau saya daripada zaman kita tak mampu nak beli CD(ye lah zaman sekolah dulu) jadi kita beli kaset je...jadi kaset tu semua pun kebanyakkan nya dah lingkup pahana(wakakakaka!)jadi di blog ni saya dah download balik semua lagu lagu KRU dari album pertama sehingga kini...terima kasih AiOxen!Jadi apa lagi kengkawan jom kita "serang" reramai blog dia untuk download sampai senget...wakakakak!Untuk ke blog tersebut sila klik pada banner dia atas...!

Suka lagu RETRO,


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


RESEPI YANG TELAH TERSIAR DI DESA.FM
 

Saturday, May 2, 2009

AYAM MASAK HITAM DJ GADIZ STYLE
Seperti resepi yang telah di bacakan melalui siaran desa fm...kepada anda yang tak sempat menyalin di bawah ini adalah resepi dan cara membuatnya...

BAHAN BAHANNYA
1/2 ekor ayam-potong ikut suka
bahan kisar:-
1 batang serai
1/2 in halia
1/2 in lengkuas
1/2 biji bawang bombay
2 biji cili merah
1 sudu teh Cili giling

DIMASUKKAN AKHIR SEKALI:
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan kerisik
garam, gula n serbuk perasa (jika suka)

CARA MEMBUATNYA:

ayam, gaul ngan garam n kunyit sket, goreng hingga masak. ketepikan. panaskan minyak secukupnya, tumis bahan kisar hingga naik bau n garing. masukkan air sket jika terlalu kering. masukkan ayam, kicap, kerisik n bahan2 perasa. masak hingga semua sebati, angkat.Kepada anda yang suka rasa masam boleh lah perah sedikit limau kasturi setelah makanan siap dia masak...


JEMPUT JEMPUT ROTI IKAN BILIS

Bahan 5 keping roti ] rendamkan dan mesinkan
2 cawan air panas ]

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan daun kucai [ potong pendek]
garam
minyak untuk menggoreng

bahan mesin

1 labu bawang besar

2 biji cili merah

1/2 cawan ikan bilis
1 biji telur


Cara

1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak supaya sebati.
2. Biarkan dalam 1/2 jam.
3. Panaskan minyak dan gorengkan saperti gorengan jemput2 biasa.

4. Hidangkan bersama cili sos,kuah kacang atau kari...

LEMPENG TUNA/SARDIN
1 tin tuna/sardin
2 cawan tepung gandum
1 biji telor
1 cawan susu segar
3 sudu besar mentega cair
1 sudu kecil baking powder
1 batang carrot kecil (parut)
1 biji cili merah (cincang)
1 biji cili hijau (cincang)
2 tangkai daun bawang (racik)
garam

Cara Membuat:-
Cincangkan/hancurkan tuna/sardin.
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata.
Panaskan kuali leper (non-stick pan) dengan api perlahan.
Ratakan sedikit minyak dan tuangkan sesenduk adunan. Ratakan.
Bila sudah nampak masak, terbalikkan sebelah yang lain.
Bila kedua-dua belah sudah masak, boleh lah diangkat dan hidangkan panas-panas.Hidangkan bersama sos cili atau di sapukan sedikit mayonaise...



Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


IBU OH IBU...
 

Monday, April 20, 2009


Assalamualaikum... ... [PERINGATAN] Sejauh manakah anda menghargai ibu anda?Tepuk dada tanya selera...Sayangi Ibu Anda... Plzzzzzzzzzzzzzzzzz... ... ..

Ketika berusia 1 tahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan
terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun...,
ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : "Tak nak ! Taknak !"

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.cara mengucapkan
terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima
kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup
aurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian , menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama.kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata. "Itu bukan urusan ibu".

Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya.kita kata " saya tidak mahu jadi seperti ibu".

Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan.. "perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!"

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut. "ibu , tooooolongglah.."

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden..".

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.. kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang"

Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

"sesungguhnya hidupku, matiku, amalanku, ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT"

wassalam
Syurga DiBawah Telapak Kaki Ibu...


Jika anda suka BLOG dan artikel artikel ini..,belikan saya secawan kopi dengan memberi
"RATING"

pada blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda!


Blog Gadis Melayu
Klik kopi!

KLIK untuk baca selanjutnya...
.................................................................................................
AddThis Social Bookmark Button

Post a Comment

Email this post


LINK MCM MCM ADA..!

Ketahui hal dunia sekeliling anda di sini!
BERITA HARIAN ONLINE CNN THE SUN ONLINE THE STAR UMNO ONLINE UTUSAN MALAYSIA
JOM TENGOK TV ONLINE
RTM1 LIVE RTM2 LIVE
Check Saman Anda Disini!
 

Design by Blogger Buster | Distributed by Blogging Tips